RSS

Selamat Datang ke laman Cikgu Siti!
Laman ini didedikasikan khas untuk rujukan pelajar Tingkatan 1 bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup (Pertanian), Pendidikan Islam dan Pendidikan Seni. Mari berkongsi ilmu di sini. (",)

27 January 2013

Salam 2013

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua...

Rasanya masih tidak terlambat untuk mengucapkan Selamat datang tahun 2013 walaupun kita hampir melangkah masuk bulan ke-2 dalam tahun 2013 ini... (^_^)



Memang sudah agak lama tidak mengemaskini blog ini...

Mohon maaf ya, cikgu siti agak sibuk sepanjang tahun lepas... Oleh kerana pertama kalinya PBS dimulakan bagi tingkatan 1 jadi, tumpuan yang lebih harus diberikan untuk itu... Jadi terpaksa juga cikgu siti membatalkan segala hasrat untuk aktif dalam blog ini...

Tapi insyaallah....
Tahun ini cikgu siti akan kongsikan segala yang berkaitan dengan P&P yang cikgu siti ajarkan di sekolah juga segala aspek pengurusan yang telah cikgu siti hasilkan untuk membantu pengurusan sekolah serba sedikit...
Semoga memberi manfaat buat semua pembaca dan pengikut blog ini insyaAllah... (^_^)

Berikut disenaraikan m/p yang cikgu siti ajar bagi tahun 2013 juga sedikit bidang tugas utama cikgu siti ya:

  1. Kemahiran Hidup (Pertanian) - Tingkatan 1
  2. Pendidikan Seni Visual - Tingkata 1
  3. Pendidikan Islam - Tingkatan 1
  4. Guru Pengawas
  5. AJK Disiplin Sekolah
  6. AJK Web Sekolah
Ada lagi tugas dan tanggungjawab cikgu Siti yang lain, tapi, rasanya, senarai di atas adalah fokus dan keutamaan cikgu Siti untuk tahun 2013... Semoga Allah mempermudahkan dan melancarkan segala urusan Cikgu Siti InsyaAllah...
Bertemu dalam perkongsian akan datang ya.. (^_^)


Salam Perkenalan dan Salam Sayang dari Cikgu Siti...

12 December 2011

Kalendar Cikgu Siti Tahun 2012

Salam sayang buat semua...
Memandangkan tahun 2012 bakal bermula lebih kurang 2 minggu lagi, jadi, kalender 2012 cikgu Siti telah disiapkan oleh encik suami... boleh jadi rujukan pada kalian ya.... (^_^)


p/s: Selepas ini boleh la merangka perancangan setahun bagi tahun 2012 pula.

07 September 2011

Salam Perkenalan


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia buat semua. Hai, apa khabar semua!? Diharapkan semua pelajar-pelajar sihat dan segar senantiasa. Mari sama-sama berkongsi ilmu di sini. Nantikan nota-nota dari cikgu Siti dalam entri berikutnya. Anda dialu-alukan untuk memuat turun nota-nota ringkas yang disediakan. Selamat melayari laman Cikgu Siti, 'BILIK DARJAH SATU' (",)