About Me
Cikgu Siti mengajar mata pelajaran Sejarah (Tingkatan 1), Kemahiran Hidup (Tingkatan 1), dan Pendidikan Seni (Tingkatan 1 dan 2). Mula menceburi bidang pendidikan sejak tahun 2007 sebagai guru pelatih dan memulakan kerjaya rasmi sebagai seorang pendidik pada tahun 2009. Kini berkhidmat di salah sebuah sekolah menengah harian di Pontian, Johor, Malaysia. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) dari Universiti Teknologi Malaysia. Sudah mendirikan rumah tangga dan memiliki seorang cahaya mata.


