Rasanya masih tidak terlambat untuk mengucapkan Selamat datang tahun 2013 walaupun kita hampir melangkah masuk bulan ke-2 dalam tahun 2013 ini... (^_^)
Memang sudah agak lama tidak mengemaskini blog ini...
Mohon maaf ya, cikgu siti agak sibuk sepanjang tahun lepas... Oleh kerana pertama kalinya PBS dimulakan bagi tingkatan 1 jadi, tumpuan yang lebih harus diberikan untuk itu... Jadi terpaksa juga cikgu siti membatalkan segala hasrat untuk aktif dalam blog ini...
Tapi insyaallah....
Tahun ini cikgu siti akan kongsikan segala yang berkaitan dengan P&P yang cikgu siti ajarkan di sekolah juga segala aspek pengurusan yang telah cikgu siti hasilkan untuk membantu pengurusan sekolah serba sedikit...
Semoga memberi manfaat buat semua pembaca dan pengikut blog ini insyaAllah... (^_^)
Berikut disenaraikan m/p yang cikgu siti ajar bagi tahun 2013 juga sedikit bidang tugas utama cikgu siti ya:
- Kemahiran Hidup (Pertanian) - Tingkatan 1
- Pendidikan Seni Visual - Tingkata 1
- Pendidikan Islam - Tingkatan 1
- Guru Pengawas
- AJK Disiplin Sekolah
- AJK Web Sekolah
Bertemu dalam perkongsian akan datang ya.. (^_^)
Salam Perkenalan dan Salam Sayang dari Cikgu Siti...




0 comments:
Post a Comment